KAABAH:RUMAH IBADAT PERTAMA UNTUK MANUSIA

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَـٰلَمِينَ ﴿٩٦

“Sesungguhnya permulaan rumah yang dibina manusia untuk tempat beribadah itulah rumah yang di Bakkah (Makkah) yang dilimpahi berkat dan petunjuk bagi alam semesta.”

Q.Ayat[96] : Surah[3] :Ali Imran

Analisa ayat:

    إِنَّ   أَوَّلَ   بَيْتٍ   وُضِعَ   لِلنَّاسِ   لَلَّذِى   بِبَكَّةَ   مُبَارَكًا   وَ  هُدًى

            لِّلْعَـٰلَمِينَ 

Ayat ini adalah dari surah Ali Imran,iaitu surah ketiga dari urutan surah-surah dalam Al Quran.Jika dibilang ,jumlah perkataannya adalah 11.Terdapat kelainan tentang sebutan pada perkataan ‘bakkah’.Allah tidak menyebut ‘makkah’,walaupun ia membawa makna yang sama.Perkataan ‘makkah’ terdapat pada ayat [24] dalam surah [48] :Al Fath.

وَهُوَ ٱلَّذِى كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُم بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنۢ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ ۚ وَكَانَ ٱللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ﴿٢٤

 “Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.”

Dua surah ini mempunyai perkaitan yang rapat.

Susunkan mengikut tertib surah,

[Al Fath]:[Ali Imran]:-

[48]:[3]

483=69×7

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekarang kita perhatikan ayat [96] dalam surah [3] Ali Imran.Jumlah perkataan dalam ayat ini ialah [11] dan mempunyai [41] huruf-huruf hijaiyah.

Al i Imran  3 96

Susunkan mengikut tertib seperti ini…

[jum. huruf hijaiyah]:[jum.perkataan]:[nom.ayat]:[nom.surah]

[41]:[11]:[96]:[3]

<<<<<<<<<<<<

susunkan angka dari kanan ke kiri(mengikut tertib bacaan ayat).

3691114=527302x7

Jumlah numerik pada jawapan adalah 19

5+2+7+3+0+2=19

Tidakkah Allah memulakan kalimahnya di permulaan/awal surah Al fatihah(juga merupakan surah pertama) dengan ‘bismillahi rahmaani rahiim’ yang punyai 19 huruf hijaiyah?Adakah ianya secara Kebetulan?

Saudara,surah Al Fatihah sepertimana kita ketahui ,adalah berkaitan rapat dengan sembahyang lima waktu dan setiap kali pula kita wajib menghadap kearah ‘baitullah’ yang berada di makkah.Tidak sah sembahyang jika tidak menghadap kearahnya.

Harus difahami bahawa menghadap kearah baitullah tidak bererti menyembahnya.Sama juga sepertimana Allah memerintah sekelian malaikat sujud kepada adam ,ketika dia menyempurnakan ciptaannya.Sujud kepada adam kerana PERINTAH Allah,dan bukan meletakkan Adam sebagai tuhan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Berbalik kepada ayat 96 dalam surah 3 :Ali Imran…

Al i Imran  3 96

Ada dua perkara yang perlu di perhatikan:

1. Perkataan ‘bibakkah‘ adalah perkataan           yang ke 7.

2. Jumlah huruf-huruf ‘BAA’ dalam ayat adalah 4.

Cuba kita lihat maksud hadith:

‘Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Ummul Kitab(Surah Al Fatihah)’

Jika diperhatikan ,dalam Surah Al Fatihah ia mengandungi 7 ayat,dan ianya dimulai dengan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

yang merupakan ayat pertama (19 huruf hijaiyah).

Dalam surah Fatihah juga hanya terdapat 4 huruf ‘BAA’.

frames

Pengertiannya adalah, sembahyang ada kaitan rapat dengan Surah Fatihah dan juga perbuatan menghadap baitullah.Begitulah perancangan Allah yang tersedia dalam Al Quran yang Mulia.Hanya Allah mengutuskan rasulnya yang mulia bagi menterjemahkan segala peraturan yang merupakan Syariat Islam.

Jikalau manusia itu sangsi keatas mukjizat angka yang terdapat pada Al Quran,lihat lah bukti ini …

Kita susunkan dua ayat dalam dua surah tadi yang memberi penekanan kepada perkataan ‘bibakkah‘ dan ‘makkah

susun begini:-

[jum.huruf hijaiyah pada perkataan makkah/bibakkah]:[posisi perkataan]:[nom.ayat]:[nom.surah]

[3][11][24][48]:[4][7][96][3]

Al i Imran  3 96

24~48 FATH

maka jadinya…

311244847963=44463549709×7

Subhanallah..Allahu Akbar.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Mari kita ulangi ayat dalam surah Ali Imran.

Susun kan begini:-

[jum.perkataan]:[nom.ayat]:[nom.surah]

[11]:[96]:[3]

11963=1709x7

1+7+0+9=17

‘reverse’kan..

36911=5273x7

5+2+7+3=17

Kita menyembah Allah menghadap baitullah sebagai kiblat sebanyak 17 rakaat sehari semalam.MasyaAllah.

Bukti ini terang terang menolak dakwaan bahawa umat Islam ‘menyembah’ baitullah(kaabah).

Ya Allah kami kembalikan segala urusan kepadamu,kerana engkau lebih memahami.Wallahu a’lam.

Cinta Allah Cinta Sejati

Cinta Kepada Allah

Definasi kepercayaan dalam Al-Quran adalah kesetiaan yang lengkap kepada Allah  semata-mata. Akhirat sememangnya tidak dapat dielakkan. Beriman itu dikhaskan untuk Allah kerana  dia pasti akan membuat perhitungan bagi setiap perkara yang dilakukan MANUSIA di dunia. Semua orang memiliki habuannya di dunia seperti kesihatan, kebijaksanaan, kecantikan, kekayaan, kerjaya, standard hidup yang baik, pasangan, anak, dan berkat lain seperti makanan dan pakaian,  semuanya adalah dari Allah. Tidak ada pemberian selain dari Allah. Mereka yang benar-benar beriman tahu fakta ini dan seharusnya tidak dapat dinafikan,yang membawa kepada  mencintai dan memuliakan Allah tanpa henti. Dia tidak pernah berani untuk mengaitkan sumber berkat kepada mana-mana makhluk duniawi, mahupun kepada dirinya sendiri, atau sesiapa sahaja, juga  dia tidak suka mana-mana makhluk menggantikan  tempat Allah ,kerana dia mencintai Allah.

 “Allah adalah yang paling belas kasihan dan Maha Penyayang kepada manusia”

(Q . Ayat 65:surah 22 :Al Hajj)

 Apabila manusia lupa kepada Allah dan tidak mahu menerima peringatan kepada agama yang benar, mereka mula  suka dan mengejar kebendaan dalam kehidupan , dan pemikiran mereka  terlepas bebas daripada mengingati Allah, tertipu dengan berfikir bahawa kebendaan atau objek-objek ini mempunyai kuasa yang memberi  kehidupan kepada mereka.Padahal  Allah sahajalah yang sebenarnya memberi segalanya kepada mereka. Dalam pandangan Islam  ,beriktikad sedemikian rupa ,yang mana objek kehidupan  boleh memberi kuasa atas kehidupan manusia ,adalah sesuatu yang boleh merosakkan akidah mereka. 

“… Kemudian apabila Kami memberi kepadanya rahmat dari Kami, dia berkata, ‘saya hanya diberikan ini kerana pengetahuan saya.’ Malah ia adalah percubaan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. “

 (Q. Ayat 49:Surah 39 : Az Zumar)

Bagi orang yang beriman, perkara-perkara yang baik dalam kehidupan diberikan kepada beliau oleh Allah, adalah semata-mata cara untuk mendekatkan diri nya kepada Allah.Dia  memuji Allah atas segala pemberian baik yang nyata atau yang tersembunyi. Sebagai contoh, orang yang beriman itu  berterima kasih kepada Allah untuk jantung dan mata yang sihat , yang  membawa dia untuk bekerja dengan lebih adil di dalam kehidupan sebagaimana Allah menghendakinya berbuat demikian.  Sebagai contoh yang lain, orang yang beriman itu mungkin suka kepada pasangannya, ini menjadikan dia mengucapkan terima kasih dan bertambah cintanya kepada  Allah. Dengan cara ini, segala-galanya di bumi diberikan kepada kita supaya kita boleh menjadi lebih setia kepada Allah dan perintah-Nya seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

“…… Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”. …” 

(Q. Ayat 37: Surah 3 :Ali Imran)

Jika sesaorang yang beriman itu kehilangan  sesuatu  di dunia, dia benar-benar tidak hilang apa-apa selagi dia mempunyai cinta untuk Allah dan terus menumpukan kepada-Nya.Apabila cinta untuk objek atau kebendaan menjadi matlamat  hidup maka akan rosak segalanya.  Mereka mula memuliakan manusia dan diri mereka sendiri untuk setiap rahmat .Tetapi Islam adalah Agama yang mengajar manusia tunduk dan patuh kepada Yang Maha Mencipta  secara total. Hanya al-Quran yang dapat  memberikan maklumat yang tepat tentang bagaimana untuk mencapai keimanan dan kefahaman, yang bebas daripada segala bentuk penyembahan  kebendaan.

 MyAllah

Allah Dekat dengan Hambanya Bhg.2

Sekarang bagi menerang dan menjelaskan persoalan ‘Kedekatan’ Allah dengan manusia(mengikut apa yang manusia boleh nampak,ukur,faham dan yakin..pada kadar ilmu yang diberikan oleh Maha Pencipta ).

Manusia ,pada zaman ini boleh dan  mampu mengukur jarak atau masa,yang boleh dikaitkan dengan istilah “DEKAT”,dengan teknologi yang moden lagi canggih.

Contoh ayat ini:-

وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ ۖ وَنَحْنُ    أَقْرَبُ    إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ ٱلْوَرِيدِ ﴿١٦

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(‘kami’ adalah bahasa sopan yang dimaksudkan Allah akan dirinya)

Ayat 16 : surah 50 ( Qaf)

Maksud ayat tersebut terang-terang membawa erti bahawa Allah s.w.t menciptakan manusia dan dia mengetahui apa yang terbuku/terlintas dalam hati sanubari manusia itu sendiri , sehinggakan Allah ‘mengumpamakan’ dia lebih dekat dari urat leher manusia !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kita ungkap kembali ayat ini:

‘”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada mu tentang aku, maka  sesungguhnya Aku (Allah) dekat…. ”

Ayat 186: Surah 2(Al Baqarah)

Para Shahabat Radiyallahu ‘Anhum ajma’in saat diceritakan oleh Nabi SAW tentang firman Allah(di ayat yang lain dalam surah As Sajdah) bahwa Allah Istiwa diatas Arash…TIDAK ADA YANG BERTANYA pada Nabi SAW  ..itu Arash yang mana?, apa yang dimaksud dengan Arash dll?…tidak perlu dipusingkan  dengan pertanyaan-pertanyaan yang seperti itu.

Yang dimaksud dengan Arash di Zaman Nabi SAW dan Shahabatnya masih sama dengan Arash yang ada pada saat ini.

Dan Yang jelas, keberadaan Allah s.w.t diatas Arash adalah secara HAKIKI (benar-benar diatas Arash) bukan perumpamaan/majazi,tanpa kita mentakwilkan makna nya.Kerana pemikiran dan akal yang diberi oleh Allah kepada manusia adalah terhad dan tidak mampu mengatasi ilmu Yang Maha Mencipta.

*Sistem Suria(Solar System) ,yang terkandung dalamnya planet bumi,adalah satu-satunya planet yang dicipta dan dipilih oleh Allah s.w.t untuk manusia hidup diatas nya.Setakat ini belum  lagi dijumpai  planet dalam sistem suria yang mempunyai kehidupan.

Percepatan Alam Semesta Terus Meningkat

Pengetahuan manusia tentang wujudnya alam semesta(galaksi) menyerlahkan lagi kekuasaan Allah s.w.t ,betapa luas dan hebatnya ilmu Sang Pencipta.

Supaya tidak lupa,mari kita kaitkan ayat yang menyatakan Allah ‘dekat’:-

Susunkan jumlah huruf-huruf hijaiyah pada setiap patah perkataan pada ayat diatas:

Langkah pertama,susunkan angka berwarna merah

1. dari  kiri ke kanan..

(i)4435431=633633x7(jawapan *1)

6+3+3+6+3+3=[24]#

(ii)..ulangi (jawapan 1)…633633=90519x7(jawapan* 2)

9+0+5+1+9=[24]#

‘Reverse’kan angka pada jawapan (1)

(iii)336336=48048x7(jawapan *3)

4+8+0+4+8=[24]#

(iv)…ulangi (jawapan 3)…48048=6864x7(jawapan *4)

6+8+6+4=[24]#

Langkah kedua,susunkan angka berwarna merah

1. dari   kanan ke kiri..

 (i)1345344=192192x7(jawapan *5)

1+9+2+1+9+2=[24]#

(ii)..ulangi (jawapan 5)…192192=27456x7(jawapan *6)

2+7+4+5+6=[24]#

iii)..ulangi (jawapan *5)…kali ini ‘reverse’kan…

291291=41613x7(jawapan *7)

4+1+6+1+3=[15]#

Saudara,siapakah yang bijak menyusun perkiraan tersebut dengan begitu ‘perfect’ tanpa sebarang jawapan yang berbaki???Kesemuanya berkelipatan 7.(samada dikira dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri!!) Maha Suci Allah yang benar perkataan nya.

Jika diperhatikan ,ada 7 jawapan semuanya.*6 jawapan yang punyai  jumlah digit [24]# dan 1  jawapan yang punyai jumlah [15]#

Apakah yang mahu diajar oleh Allah kepada manusia ???   

Cuba kita perhatikan ayat yang lain dari Surah Sajdah (berkaitan sujud) dan Surah Al Mulk(berkaitan kerajaan langit).

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Surah Sajdah

[16] Perkataan:Ayat [4]: Surah [32](Sajdah)

ٱللَّـهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى

ٱلْعَرْشِ

‘Allah yang menciptakan langit-langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam 6(enam) hari, kemudian Ia beristawa‘ di atas Arash…’

___________________________________________________________

Surah Al Mulk

[5] Perkataan:Ayat [3]:Surah [67](Al Mulk)

ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمَـٰوَٰتٍ طِبَاقًا

‘Dia lah yang telah menciptakan   7(tujuh)  langit-langit yang berlapis-lapis…’

___________________________________________________________

Merujuk pada dua ayat yang tersebut dapat kita rumuskan bahawa Allah telah mencipta 7 lapisan petala langit,dan diantara keduanya iaitu antara langit ketujuh dan bumi  dalam masa 6 hari ,setiap sehari adalah bertepatan 24 jam. Ini adalah  ukuran manusia.Bererti pada ukuran manusia ia adalah sesuatu yang dapat dicapai kerana ia mempunyai nilai  yang ‘kecil’.Akan tetapi jika diterokai,dengan menggunakan segala peralatan yang canggih dizaman moden ini,nampaknya langit-langit tersebut  tidak ada garis penamat atau berketepian….

Malah jika kita ‘berada diatas sistem galaksi’ untuk melihat manusia yang berada dimuka bumi, kita tidak kelihatan langsung walau sebesar ‘kuman’.

Manusia yang beriman dan takjub dengan kerajaan dan kekuasaan Allah  ,sepatutnya menangis dan menitiskan air mata kerana takut dan berharap kepada rahmat Allah .Mereka terus bersujud (  [15]# ayat-ayat sujud dalam Al Quran ) kerana mendekatkan diri  kepada Allah.

Kita akan dibangkitkan di Padang Mahsyar ,satu alam yang lain untuk dihisab dan diberi balasan sewajarnya.

Begitulah perpesktif ‘Dekat’ yang sepatutnya kita fahami.Bak kata pepatah ‘jauh dimata tetapi dekat dihati‘…Allah akan menyahut…

“Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Kita tidak perlu mentakwilkan dan mencari makna bagaimana Allah ‘beristawa’ diatas Arash,dimanakah  Arash itu dan berbagai-bagai  lagi persoalan yang memeningkan kepala.Hanya ingin mencari ‘modal’ untuk berhujah.Sama-sama kita menghayati ayat-ayat mutasyabihat sebagaimana sahabat-sahabat Nabi SAW

menghayatinya.

Akhir kata,susunkan dua ayat yang dikaitkan dengan  kerajaan dan sujud

[5] Perkataan:Ayat [3]:Surah [67](Al Mulk):[16] Perkataan:Ayat [4]: Surah [32](Sajdah)

536716432=76673776×7

‘reverse’kan

234617635=4788115x7x7

Maasyaallah…….

Siapakah yang lebih benar perkataannya selain Allah.

**Terlepas bahagian 1  ,klik disini…

Musibah Pelebur Dosa

Dalam sebuah hadis disebutkan, kelak pada hari kiamat akan didatangkan seorang penduduk dunia yang paling mendapatkan nikmat dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka dengan sekali celupan. Kemudian ditanya, “Wahai anak keturunan Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan? Apakah kamu pernah mendapatkan kenikmatan?” la menjawab, “Tidak, demi Allah, wahai Tuhanku.”

Lantas didatangkan seorang yang paling menderita di dunia dari penduduk surga, lalu ia dicelupkan ke dalam surga sekali celupan. Lantas ditanya, “Wahai anak keturunan Adam, pernahkah kamu melihat penderitaan? Pernahkah kamu merasakan kesengsaraan?”

la pun menjawab, “Tidak demi Allah, wahai Tuhanku. Tidak pernah aku mengalami penderitaan dan tidak pernah melihat kesengsaraan.” (HR Muslim).

Ada segolongan manusia yang menderita secara fisik karena baru saja ditimpa bencana serta kehilangan harta benda yang dimiliki. Tapi, bagi manusia beriman, cubaan fisik seperti itu tidak membuatnya sakit berkepanjangan.

Musibah yang menimpa tidak menjadikannya berputus asa dari kurnia-Nya. Ujian yang diterima justru dijawab dengan tetap beribadah kepada-Nya, bahkan semakin mendekatkan diri kepada-Nya.

Dengan sikap tawakal dan sabar, insya Allah, dia tidak akan merasakan sakitnya musibah ketika hidup di dunia, kerana Allah SWT menggantinya dengan kenikmatan tiada tara. Sebagai balasan atas keimanannya kepada Yang Maha kuasa, dia akan tetap dapat bertahan di tengah dugaan hidup yang bertubi-tubi.

Kadar iman dan takwa mendorongnya untuk mengatakan kepada Sang Pencipta, Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun, “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (Q. Ayat 156 Surah 2[Al-Baqarah].

Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah menyebutkan, orang-orang beriman ketika tertimpa musibah dan cubaan, akan berusaha mengubati sendiri. Caranya, pertama, menyedari sepenuhnya dunia adalah tempatnya ujian, petaka, dan musibah.

Kedua, melihat sekelilingnya bahwa masih banyak musibah lain yang jauh lebih besar dari musibah yang menimpa orang lain. Ketiga, menyerahkan kepada Allah SWT seraya mengharap pahala atas musibah yang menimpanya, serta meminta ganti yang lebih baik hanya kepada-Nya.

Keempat, meyakini bahwa cubaan dan musibah sebagai pelebur dari dosa-dosanya yang telah lalu. Rasululah SAW bersabda, “Senantiasa cubaan menimpa laki-laki dan perempuan yang beriman pada dirinya, harta, dan anaknya, sehingga ia berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan tidak memiliki dosa.” (HR Ahmad dan At-Tirmidzi).

Mengagumi Rasulullah S.A.W

rasulullah saw

Ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf mengelilingi Ka’bah, beliau mendengar seorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir, “Ya, Karim! Ya, Karim!” Lalu, Nabi SAW menirunya, “Ya, Karim! Ya, Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, lalu berzikir lagi. Nabi Muhammad pun kembali mengikutinya.

Seakan merasa seperti diolok-olok, orang itu menoleh ke belakang. Terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah dan tampan, yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata, “Wahai, orang tampan,
apakah engkau memang sengaja memperolok-olokku karena aku ini adalah orang Arab Badui? Kalaulah bukan karena kegagahanmu, pasti aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad SAW.”

Rasulullah pun tersenyum, dan bertanya, “Tidakkah engkau mengenali nabimu, wahai, orang Badui?” Orang itu menjawab, “Belum.” Lalu, Rasulullah bertanya, “Jadi, bagaimana engkau beriman kepadanya?” Si Badui kembali berkata dengan mantap, “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya walaupun saya belum pernah melihatnya.”

“Wahai, orang Badui, ketahuitah, aku ini nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat,” ujar Nabi. Melihat Rasulullah di hadapannya, dia tercengang, seakan tak percaya. “Tuan ini Nabi Muhammad?” Nabi menjawab, “Ya.”

Ia segera menunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah. Melihat hal itu, Nabi segera menarik tubuh orang Badui itu seraya berkata, “Wahai, orang Badui, janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabur dan yang minta dihormati atau diagungkan. Akan tetapi, demi berita gembira bagi orang yang beriman dan ancaman bagi yang mengingkarinya.”

Ada dua makna penting dalam kisah di atas. Pertama, kebanggaan tiada tara seorang hamba bertemu dengan Nabi SAW. Kedua, kecintaan terhadap Nabi bukan dengan cara memujanya, seperti mencium kaki. Nabi tak memposisikan dirinya di hadapan umatnya laksana tuan dan budak.

Kecintaan dan kekaguman terhadap Rasulullah hendaknya direfleksikan dari perilaku yang mencerminkan ketaatan terhadap ajarannya, bukan pada pribadinya secara fisik. Kita tak menemukan Rasulullah dalam bentuk fisik, tetapi ajaran kebenaran yang disampaikannya akan tetap “hidup” dan menjadi cahaya sepanjang zaman. Selama itu pula, umat akan merasakan kehadiran Rasulullah sekaligus menghormatinya.

Kesetiaan dan kekaguman kepada Rasulullah saat ini akan memiliki derajat yang sama dengan orang yang bertemu secara langsung tatkala kita menjadi umat yang taat dan selalu menegakkan syiar Islam yang diajarkannya.

Allah Dekat Dengan Hambanya Bhg. 1

بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada mu tentang aku, maka  sesungguhnya Aku (Allah) dekat. ”  Ayat 186 Surah 2

images (2)Surat Al Baqarah  1862

Ayat ini turun berkenaan dengan datangnya seorang Arab Badawi kepada Nabi SAW yang bertanya: “Apakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kami dapat munajat/memohon kepada-Nya, atau jauh, sehingga kami harus menyeru-Nya?” Nabi SAW terdiam, hingga turunlah

ayat ini sebagai jawapan terhadap pertanyaan itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Marduwaih, Abussyaikh dan lain-lainnya dari beberapa jalan, dari Jarir bin Abdul Hamid, dari Abdah as-Sajastani, dari as-Shalt bin Hakim bin Mu’awiyah bin Jaidah, dari bapaknya yang bersumber dari datuknya.) 

Saudara,ayat ini mengandungi makna  yang mendalam,iaitu hakikat yang tersirat disebalik yang tersurat. Allah memberi jawapan kepada persoalan tentang Kewujudan Maha Pencipta dan hubungan rapatnya dengan hamba.

Ada nya  manusia kerana Allah menghendaki nya.’Dan tatkala Allah berkata kepada malaikat bahawa aku(Allah)  akan menjadikan dimuka bumi seorang Khalifah………”

Saudara,penciptaan manusia telah direncanakan oleh Allah untuk dihantar/bertempat dibumi.Hanya dimulai kejadian nya dalam syurga,dan manusia pertama ini yang dinamai Adam A.S hanya ditakdirkan Allah untuk tinggal dalam syurga ‘seketika sahaja’.

Turunnya Nabi Adam(bersama isterinya Hawa) kebumi atas perintah Allah Di sebabkan ‘termakan’ bisikan Iblis dan melanggar ‘peraturan’ dengan melakukan sesuatu yang terlarang(menghampiri dan memakan buah dari pohon yang dilarang).Nabi Adam menginsafi kesalahan dan memohon ampun dari Allah.Taubat nya diterima .

Saudara,nikmat syurga dirasai oleh Nabi Adam dan Hawa.Janji Allah untuk mengembalikan beliau dan seluruh umat manusia yang beriman yang meletakkan islam sebagai Adeen(Sistem Hidup) adalah benar dari Allah.Sejak dari situ ,bermulalah kehidupan manusia untuk terus berpegang kepada wahyu dan petunjuk Allah berupa mashaf dan kitab-kitab,di berikan kepada rasul-rasul.Akhir nya Al Quran sebagai kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w(tiada lagi nabi dan kitab selepasnya), ianya sebagai petunjuk dan jalan untuk kembali kepada Allah dengan selamat.

Perkataan ‘DEKAT’ yang disebutkan dalam ayat ini boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

  • ‘Dekat’ mengikut istilah manusia,atau apa yang manusia boleh faham.
  • ‘Dekat’ mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah.

‘Dekat’ yang difahami oleh manusia adalah sesuatu yang berkaitan dengan ukuran ,samada jarak(ukuran jauh) atau masa(ukuran waktu).

Manakala ‘Dekat’ disisi Allah adalah sesuatu yang tidak dapat diukur dalam bentuk jarak atau waktu.Hanya di ‘Simbolik‘kan  kedekatan manusia dengan Allah melalui SUJUD.

images

Kedekatan Allah pada orang yang berdo’a adalah kedekatan yang khusus . Allah begitu dekat pada orang yang berdo’a dan yang beribadah pada-Nya. Sebagaimana disebutkan dalam hadits pula bahwa tempat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah adalah ketika ia sujud.

***********************************************************

Dalam Al Quran terdapat  15 tempat ayat-ayat ,tatkala dibaca atau didengar bacaannya,sunat kita sujud:-

1.Ayat [206]. Al-‘A`raf [7] :

إِنَّ ٱلَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِۦ وَيُسَبِّحُونَهُۥ وَلَهُۥ يَسْجُدُونَ

2.Ayat[15]. Ar-Ra`d [13] : 

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَٰلُهُم بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْءَاصَالِ

3.Ayat. [49]An-Nahl [16] : 

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

4.Ayat[107]. Al-‘Isra’ [17]

قُلْ ءَامِنُوا۟ بِهِۦٓ أَوْ لَا تُؤْمِنُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ مِن قَبْلِهِۦٓ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

5.Ayat[58]. Maryam [19] : 

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ مِن ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِن ذُرِّيَّةِ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْرَٰٓءِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَٱجْتَبَيْنَآ ۚ إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُ ٱلرَّحْمَٰنِ خَرُّوا۟ سُجَّدًا وَبُكِيًّا

6.Ayat[18]. Al-Haj [22] : 

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسْجُدُ لَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلْجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ ٱلنَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ ٱلْعَذَابُ ۗ وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكْرِمٍ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ

7.Ayat[77]. Al-Haj [22] : 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱرْكَعُوا۟ وَٱسْجُدُوا۟ وَٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمْ وَٱفْعَلُوا۟ ٱلْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

8.Ayat[60]. Al-Furqan [25] : 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱسْجُدُوا۟ لِلرَّحْمَٰنِ قَالُوا۟ وَمَا ٱلرَّحْمَٰنُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا

9.Ayat[25]. An-Naml [27] : 

أَلَّا يَسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى يُخْرِجُ ٱلْخَبْءَ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ

10.Ayat[15]. As-Sajdah [32] : 

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِهَا خَرُّوا۟ سُجَّدًا وَسَبَّحُوا۟ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

11.Ayat[24]. Sad [38] : 

قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْخُلَطَآءِ لَيَبْغِى بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّٰهُ فَٱسْتَغْفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ

12.Ayat[37]. Fussilat [41] : 

وَمِنْ ءَايَٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

13.Ayat[62]. An-Najm [53] : 

فَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ وَٱعْبُدُوا۟

14.Ayat[21]. Al-‘Inshiqaq [84] : 

وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ

15.Ayat[19]. Al-`Alaq [96] : 

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب

Sekarang susunkan digit-digit diatas secara tertib bermula dari bawah keatas iaitu dari ayat 19 surah 96   dan seterusnya hingga habis:-

1996218462533741243815322527

6025771822581910717491615132
067  =

28517406607624874911647464680036816889402729596416
59304581  x  7

15TEMPAT SUJUD NUMERIK

Masyaallah..siapakah yang lebih benar perkataan nya selain Allah…

Lihat balik ayat 186 dalam surah 2 (Al Baqarah)

Untuk ‘testify’ ayat ini …1862=38x7x7

‘reverse’kan:  2681=383×7

Mungkin saudara yang membaca akan bertanya..apa gunanya kira mengira ini???

Jawabnya ,jika seorang manusia yang bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH (Nabi S.A.W) yang hidup dikurun keenam ,ditengah-tengah padang pasir,yang mana  tiada teknologi canggih yang pernah di pelajarinya…………mampukah beliau mengarang sebuah kitab/buku yang punyai susunan kata-kata yang dikaitkan dengan penggubahan ANGKA (berkelipatan tujuh) ??????????????

SEMUANYA ADALAH WAHYU YANG ALLAH SENDIRI MENYUSUN,NABI S.A.W HANYA MENYAMPAIKAN SAHAJA.HANYA MANUSIA YANG  TIDAK MAHU MENGGUNAKAN AKAL DAN   ‘ SOMBONG ‘  AKAN MENOLAK AL QURAN SEBAGAI WAHYU YANG MULIA DARI MAHA PENCIPTA. 

Kita rakam semula ayat ini:-

2:186

Jumlahkan huruf-huruf hijaiyah Alif,Laam dan Haa pada setiap perkataan:

وَ     إِذَا      سَأَلَكَ      عِبَادِى      عَنِّى      فَإِنِّى      قَرِيبٌ 

0            1         0         1             2             2        0

0101220=14460 x 7

1+4+4+6+0=15

Lihatlah betapa cepat dan ‘Precision’nya Allah dalam ‘membuat’ perkiraan.Jumlah angka-angka adalah 15  (15 tempat sujud dalam Al Quran).Inilah maksud ‘DEKAT’ dalam perspektif Allah.

Tidak cukup dengan itu.Sekarang jumlahkan  angka-angka  dan susun/letakkan dalam susunan begini:

[Jum. huruf hijaiyah]:[Jum. perkataan]:[No.ayat]:[No.surah]

[24]:[7]:[186]:[2]

 Kali ini angkanya dibaca dari kanan ke kiri..

2681742=383106×7

masyaallah…

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Bersambung dibahagian 2. 

Tiga QUL

 

Qul1

[JUMLAH AYAT] :[ NOMBOR SURAH]

[4]:[112]

+++++++++++++++++++++++++++++

al falaq

[JUMLAH AYAT] :[ NOMBOR SURAH]

[5]:[113]

++++++++++++++++++++++++++++

SurahAl-Naas

[JUMLAH AYAT] :[ NOMBOR SURAH]

[6]:[114]

++++++++++++++++++++++++++++

Diriwayatkan dari Aisyah : setiap kali Rasulullah Saw hendak tidur (malam hari) Nabi Saw menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. dimulai dari kepala, wajah, dan bagian depan tubuhnya. Nabi Saw melakukannya tiga kali.

Hadis yang disebutkan  di atas adalah bertaraf sahih , 

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam ( الدعـــوات ) Bab “al-Ta’auwuz dan bacaan ketika tidur” (11/129) no : 6319

=======================================

Mari kita lihat dan kaitkan  amalan RasulAllah s.a.w  yang menepati dengan mukjizat angka .

Susunkan nombor-nombor  surah dan bilangan ayat yang terdapat dalam surah-surah tersebut.

[6]:[114] [5]:[113][4]:[112]

611451134112=87350162016×7

Tukar posisi…….

[5]:[113][4]:[112][6]:[114] 

511341126114=10435533186x7x7

Tukar lagi…….

[4]:[112][6]:[114] [5]:[113]

411261145113=58751592159×7

Saudara boleh mencuba ‘reverse’kan susunan digit…jawapannya tetap ‘PERFECT’ tanpa titik perpuluhan (berbaki)

Begitulah ayat-ayat TIGA QUL,yang menjadi pelindung daripada gangguan segala kejahatan .Di ibaratkan seperti tembok yang kukuh,tiada ruang langsung untuk ditembusi.

Allah SWT berfirman dalam  ayat 31 : surah  3 (Ali Imran )

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّـهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Apa pun ,Allah jua yang Maha Berkuasa.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Surat Al Fatihah   ayat 5

Ayat diatas adalah dari Surah Al Fatihah ,ayat kelima.Ia mengandungi pengertian  mendalam yang menyentuh Aqidah manusia yang MUSLIM ,dan BERIMAN kepada Allah S.w.t.Menyembah  dan memohon sesuatu dari yang disembah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

‘Hanya Engkaulah yang kami SEMBAH dan Hanya kepada Engkaulah  kami  MOHON PERTOLONGAN

Jika di jumlahkan huruf-huruf yang mewakili kalimah ALLAH (Alif,Laam,Haa):

*Diayat ini terdapat huruf alif sahaja*

(Alif melambangkan KeEsaan Allah)

Jumlah dan letakkan  numerik dibawah setiap perkataan..

02002=286×7

20020=2860×7

Ini adalah isyarat “TWO WAY” ,bermaksud hambaku momohon,Aku(Allah) mengkabulkan.

Dari Abu Hurairah radliyallâhu ‘anhu, dia berkata, aku telah mendengar Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi Wa Sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman, Aku telah membahagi shalat antara diri-Ku dan hamba-Ku dengan dua bahagian; separuhnya untuk-Ku dan separuhnya lagi untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta.Bila seorang hamba mengucapkan, ‘al-Hamdulillâhi Rabbil ‘Alamîn.’ Allah Ta’ala menjawab, ‘Hamba-Ku telah memuji-Ku.’. Dan bila dia mengucapkan, ‘ar-Rahmânir Rahîm.’ Allah Ta’ala menjawab, ‘Hamba-Ku telah menyanjung-Ku.’Dan bila dia mengucapkan, ‘Mâliki Yawmid Dîn.’ Allah Ta’ala menjawab, ‘Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.’ Dan bila dia mengucapkan, ( إِيَّاكَ      نَعْبُدُ      وَ     إِيَّاكَ    نَسْتَعِينُ )   ‘Iyyâka na’budu wa iyyâka nasta’în.’ Allah Ta’ala menjawab, ‘Inilah (bahagian) yang diantara-Ku dan hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dimintanya.’ Dan bila dia mengucapkan, ‘Ihdinash Shirâthal Mustaqîm Shirâthal Ladzîna An’amta ‘alaihim Ghairil Maghdlûbi ‘alaihim wa ladl Dlâllîn.’Allah Ta’ala menjawab, ‘Inilah yang buat hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dimintanya.” (HR.Muslim)

Image

Saudara,

Surah ini mengandungi 31 patah perkataan ,dan jika dianalisa ayat yang kelima ini …

[Jum. huruf Hijaiyah]:[Jum. perkataan]:[No. ayat]:[No. surah]

19    :      5     :     5     :      1

19551=57x7x7x7

Sekarang kita susun urutan kedudukan perkataan bagi ayat kelima  dalam surah Al Fatihah.

Surat Al Fatihah   The Noble Qur an   ------ ------

Susun numerik diatas adalah :

1817161514=259594502×7

Bagi melengkapkan mukjizat angka , susunkan  numerik (yang pasti tidak dapat digubah oleh selain dari Allah yang Maha Cepat Perhitungannya)…

Jumlahkan huruf hijaiyah Alif,Laam,Haa pada setiap patah perkataan dalam surah ini……

4202202120223020022012230322240=600314588603288574573175760320 x 7

Allah  berfirman..Ayat 9 Surah 15 (Al Hijr)

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ ‘Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.’

Al Hijr  15 9    Tanzil Quran Navigator

20220221=2888603×7

___________________________________________________________

“Jagalah Allah maka Allah pasti menjagamu”.

Maknanya … jagalah perintah-perintah, larangan-larangan dan batasan-batasan serta hak-hak Allah yaitu dengan menjalankan apa yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan serta menjauhi apa yang di larang. Barangsiapa yang melaksanakan hal itu maka Allah telah memujinya dalam firman-Nya :

“Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya). (Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat.”

Ayat 32 dan 33 Surah 50(Qaf)

[ AND WHO IS MORE TRUTHFUL THAN ALLAH IN STATEMENT ] [ DAN SIAPAKAH YANG LEBIH BENAR PERKATAAN NYA SELAIN ALLAH ]

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ ٱللَّـهِ قِيلًا

[ AND WHO IS MORE TRUTHFUL THAN ALLAH IN STATEMENT ] [ DAN SIAPAKAH YANG LEBIH BENAR PERKATAAN NYA SELAIN ALLAH ]

Singl

A theme that’s in tune

KafBa'Ro'KafAlifTa'Nun

Selamanya KepadaNya Mencintai

IZNI ARIFAH SHUIB ©

the last palace

"ILMU ITU PENYELAMAT"

DAJJAL,FREEMASON,ISLAM,PELIK,KISAH BENAR,ANEH

Moga Allah Redha

Sometimes..joys are best expressed in silence..

Khutbah Pilihan

Himpunan khutbah Jumaat dan Hari raya Eidil Fitri & Adha

Nasbun Nurain

Nota Kuliah Tuan Guru Maulana Syed Noor Muhammad Syed

Permata Kata

Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup

syahril a. kadir

“ Kehidupan ini seimbang, Tuan. Barangsiapa hanya memandang pada keceriannya saja, dia orang gila. Barangsiapa memandang pada penderitaannya saja, dia sakit! " - Pramoedya Ananta Toer

ZakirNaik.Net

Removing misconceptions about Islam

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Mencari Jalan Pulang

Memahami Hati | Memahami Diri | Mengenal Pencipta Yang Maha Esa

Budak Pakai Vespa

Saya nak jadi penulis. Penulis pemikiran manusia. Saya nak jadi jurutera. Jurutera membina manusia. Dan saya nak jadi doktor. Merawat hati-hati manusia.

sayangIslam.com

Kalau kau cari ketenangan, akan kau temui dalam Islam