KAABAH:RUMAH IBADAT PERTAMA UNTUK MANUSIA

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَـٰلَمِينَ ﴿٩٦

“Sesungguhnya permulaan rumah yang dibina manusia untuk tempat beribadah itulah rumah yang di Bakkah (Makkah) yang dilimpahi berkat dan petunjuk bagi alam semesta.”

Q.Ayat[96] : Surah[3] :Ali Imran

Analisa ayat:

    إِنَّ   أَوَّلَ   بَيْتٍ   وُضِعَ   لِلنَّاسِ   لَلَّذِى   بِبَكَّةَ   مُبَارَكًا   وَ  هُدًى

            لِّلْعَـٰلَمِينَ 

Ayat ini adalah dari surah Ali Imran,iaitu surah ketiga dari urutan surah-surah dalam Al Quran.Jika dibilang ,jumlah perkataannya adalah 11.Terdapat kelainan tentang sebutan pada perkataan ‘bakkah’.Allah tidak menyebut ‘makkah’,walaupun ia membawa makna yang sama.Perkataan ‘makkah’ terdapat pada ayat [24] dalam surah [48] :Al Fath.

وَهُوَ ٱلَّذِى كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُم بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنۢ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ ۚ وَكَانَ ٱللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ﴿٢٤

 “Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.”

Dua surah ini mempunyai perkaitan yang rapat.

Susunkan mengikut tertib surah,

[Al Fath]:[Ali Imran]:-

[48]:[3]

483=69×7

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekarang kita perhatikan ayat [96] dalam surah [3] Ali Imran.Jumlah perkataan dalam ayat ini ialah [11] dan mempunyai [41] huruf-huruf hijaiyah.

Al i Imran  3 96

Susunkan mengikut tertib seperti ini…

[jum. huruf hijaiyah]:[jum.perkataan]:[nom.ayat]:[nom.surah]

[41]:[11]:[96]:[3]

<<<<<<<<<<<<

susunkan angka dari kanan ke kiri(mengikut tertib bacaan ayat).

3691114=527302x7

Jumlah numerik pada jawapan adalah 19

5+2+7+3+0+2=19

Tidakkah Allah memulakan kalimahnya di permulaan/awal surah Al fatihah(juga merupakan surah pertama) dengan ‘bismillahi rahmaani rahiim’ yang punyai 19 huruf hijaiyah?Adakah ianya secara Kebetulan?

Saudara,surah Al Fatihah sepertimana kita ketahui ,adalah berkaitan rapat dengan sembahyang lima waktu dan setiap kali pula kita wajib menghadap kearah ‘baitullah’ yang berada di makkah.Tidak sah sembahyang jika tidak menghadap kearahnya.

Harus difahami bahawa menghadap kearah baitullah tidak bererti menyembahnya.Sama juga sepertimana Allah memerintah sekelian malaikat sujud kepada adam ,ketika dia menyempurnakan ciptaannya.Sujud kepada adam kerana PERINTAH Allah,dan bukan meletakkan Adam sebagai tuhan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Berbalik kepada ayat 96 dalam surah 3 :Ali Imran…

Al i Imran  3 96

Ada dua perkara yang perlu di perhatikan:

1. Perkataan ‘bibakkah‘ adalah perkataan           yang ke 7.

2. Jumlah huruf-huruf ‘BAA’ dalam ayat adalah 4.

Cuba kita lihat maksud hadith:

‘Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Ummul Kitab(Surah Al Fatihah)’

Jika diperhatikan ,dalam Surah Al Fatihah ia mengandungi 7 ayat,dan ianya dimulai dengan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

yang merupakan ayat pertama (19 huruf hijaiyah).

Dalam surah Fatihah juga hanya terdapat 4 huruf ‘BAA’.

frames

Pengertiannya adalah, sembahyang ada kaitan rapat dengan Surah Fatihah dan juga perbuatan menghadap baitullah.Begitulah perancangan Allah yang tersedia dalam Al Quran yang Mulia.Hanya Allah mengutuskan rasulnya yang mulia bagi menterjemahkan segala peraturan yang merupakan Syariat Islam.

Jikalau manusia itu sangsi keatas mukjizat angka yang terdapat pada Al Quran,lihat lah bukti ini …

Kita susunkan dua ayat dalam dua surah tadi yang memberi penekanan kepada perkataan ‘bibakkah‘ dan ‘makkah

susun begini:-

[jum.huruf hijaiyah pada perkataan makkah/bibakkah]:[posisi perkataan]:[nom.ayat]:[nom.surah]

[3][11][24][48]:[4][7][96][3]

Al i Imran  3 96

24~48 FATH

maka jadinya…

311244847963=44463549709×7

Subhanallah..Allahu Akbar.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Mari kita ulangi ayat dalam surah Ali Imran.

Susun kan begini:-

[jum.perkataan]:[nom.ayat]:[nom.surah]

[11]:[96]:[3]

11963=1709x7

1+7+0+9=17

‘reverse’kan..

36911=5273x7

5+2+7+3=17

Kita menyembah Allah menghadap baitullah sebagai kiblat sebanyak 17 rakaat sehari semalam.MasyaAllah.

Bukti ini terang terang menolak dakwaan bahawa umat Islam ‘menyembah’ baitullah(kaabah).

Ya Allah kami kembalikan segala urusan kepadamu,kerana engkau lebih memahami.Wallahu a’lam.

Tinggalkan komen