ISRAK MIKRAJ DAN PERINTAH SEMBAHYANG LIMA WAKTU [AYAT 1:SURAH 17]

Al Isra  1:17  (Ayat 1 :Surah 17)

Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada  tahun ke-12 (setahun sebelum peristiwa Hijrah dari Mekah  ke Madinah) dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tahun  ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 51 tahun(syamsiyah) atau 52 tahun (Qamariah). Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk dan Mikraj ini tercatat dalam Al Quran  pada  Ayat 1 :surah 17: Al-Israa’. Surah ini mengandungi  111 ayat.

Analisa ayat:

Imej

1.Ayat diatas mengandungi 21 patah perkataan (3x7)

2.Perkataan ‘ بِعَبْدِهِۦ’  adalah perkataan KEEMPAT (ikut bacaan sebenar) ,yang bermaksud Hambanya. (ROH dan JASAD)

Terdapat Empat tempat dalam Al Quran Allah menyebut nama Muhammad ( مُحَمَّدٌ  ) :   iaitu.

ayat 144:surah 3 (Ali Imran)

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُ ۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَـٰبِكُمْ ۚوَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّـهَ شَيْـًٔا ۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّـهُ ٱلشَّـٰكِرِينَ

ayat 40:surah 33 (Al Ahzab)

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـٰكِن رَّسُولَ ٱللَّـهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّـهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا

ayat 2:surah 47 (Muhammad)

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَءَامَنُوا۟ بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

ayat 29:surah 48 (Al Fath)

…….مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ ٱللَّـهِ ۚ 

Sekarang susunkan surah surah tersebut secara tertib:

[29:48]  [2:47]  [40:33]  [144:3]

[2+9+4+8=23]           [2+4+7=13]        [4+0+3+3=10]        [1+4+4+3=12]

Susunan ini adalah PENANDA period dakwah Nabi Muhammad…berbentuk KOD

“Dakwah Nabi Muhammad memakan masa selama 23 tahun, bermula beliau di angkat menjadi rasul selama 13 tahun di Mekah,dan menyambung nya selama 10 tahun di Madinah.Sepanjang period tersebut ,pada tahun ke 12 setelah kenabian(40+12=52 tahun, iaitu 1 tahun sebelum hijrah) ,beliau dijemput menemui  Allah dalam peristiwa besar Israk dan Mikraj untuk menerima perintah sembahyang ”

KEBETULAN?????????????????

Mari kita lihat susunan numerik pula dan bahagikan dengan 7 …

294824740331443/7

Jawapannya adalah   42117820047349 

4+2+1+1+7+8+2+0+0+4+7+3+4+9  =  52 [umur nabi ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj]

MasyaaAllah,Subhanallah Allahu Akbar…

Mengimbau kembali ayat 6 dalam surah  61 (Assaf) ,dimana Allah mewahyukan kepada nabi Isa A.S , dengan menyebut AHMAD (merujuk kepada  Nabi Muhammad), KENAPA ???????????

Bagi mereka yang tidak beriman dengan Al Quran,tentu akan berkata….”Kenapalah Allah tidak konsisten dengan kata-kata nya…sekejap AHMAD sekejap MUHAMMAD…..?’

Allah Maha bijaksana dan Maha Mengetahui….Jika Nama AHMAD di gantikan dengan MUHAMMAD,maka bilangan nama MUHAMMAD berada di LIMA tempat dalam Al Quran.Maka ” MUSNAH ” mukjizat angka yang merupakan KOD seperti diatas.

lihat buktinya…….

6:61     29:48     2:47     40:33     144:3

661294824740331443/7=94470689248618777.57142857142857142857143

(jawapan yang berbaki)

Allah Maha cepat dan Maha Mengetahui.

Mari kita analisa lagi ayat ini….

Perkataan ‘LAILAN‘ bererti pada malam hari, adalah perkataan yang ke 17 ,dibilang menyonsang mengikut anak panah(dari kiri ke kanan,rujuk rajah analisa)

Bererti Malam tersebut adalah malam ke 17.

Jumlahkan pula nombor- nombor (warna merah yang mewakili jumlah huruf hijaiyah Alif,laam dan Haa) dibawah  perkataan   [ سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا]

1771

3+1+1+2+0= 7

Bulan ketujuh dalam Islam adalah Bulan REJAB

Jadi , MALAM 17 BULAN  7 (REJAB) UMUR NABI 52 TAHUN(1 tahun sebelum Hijrah) , berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

17752=2536×7

atau

1771=253×7

Wallahu A’lam,Allah lebih mengetahui.

 

Tinggalkan komen