“Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhanmu bertindak terhadap angkatan tentera bergajah ? (1) Tidakkah Dia jadikan rancangan jahat mereka berada dalam kesesatan? (2) Dan Dia telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasuk-pasukan)? (3) Sambil melontar ke atas mereka batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu Dia menjadikan mereka binasa seperti daun-daun yang dimakan ulat.(5)
Latar Belakang Surah
Nama surah ini diambil sempena dari ayat pertama; “Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhanmu bertindak terhadap angkatan tentera bergajah.”
Surah ini diturunkan di Makkah(Makkiyah)
Penting bagi kita mengetahui bila surah ini diturunkan supaya dapat merasai sebagaimana para sahabat merasai semasa turunnya surah ini. Peristiwa Abrahah bersama tentera bergajah ini sangat masyhur dalam kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah saw (571 Masehi, abad ke 6, di mana tempoh di antara Tahun Gajah dan perutusan Rasulullah saw (diangkat menjadi Rasul) ialah selama 39 tahun mengikut perkiraan tahun syamsiyah).
(Wahyu pertama turun pada tahun 610 Masehi )
Jika dikira dalam tahun Qamariyah : 610-571 X 365 / 354 = 40.2 tahun (umur nabi ketika menerima wahyu pertama di gua hira).
*Setahun Syamsiyah bersamaan 365 hari
* Setahun Qamariyah bersamaan 354 hari
Meneruskan cerita…..
Tentera bergajah mula menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Ka’bah. Sebelum sampai, tiba-tiba gajah terduduk dan tidak mahu meneruskan perjalanan. Askar-askar Abrahah cuba memaksa gajah bangkit dan menghala ke Ka’bah tetapi gagal. Allah telah menahan gajah-gajah itu dari melanggar makkah. Allah telah melepaskan pasukan-pasukan burung yang melontar ke arah mereka anak-anak batu yang membinasakan mereka seperti daun-daun kering yang reput dan dimakan ulat. Abrahah turut menderita parah. Ia dibawa beserta dengan tenteranya keluar dari Makkah. Jari jemarinya gugur sebatang demi sebatang hingga sampai ke San’aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya.
Begitulah secara ringkas cerita Abrahah bersama tentera GAJAH berlawan dengan tentera Allah yang berupa pasukan BURUNG .
Tarikh pada dasarnya terdiri dari HARI,BULAN DAN TAHUN.Perkiraan hari dan bulan disisi ALLAH sejak mula alam ini diciptakan adalah mengikut peredaran bulan mengelilingi bumi (lihat ayat 36 surah 9:Attaubah)
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّـهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ
Bermaksud”Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.”
Hitung panjang 29 hari dalam sebulan ,dan 354 hari dalam setahun (satu pusingan sempurna bumi mengelilingi matahari). Disamping tidak mengenepikan kiraan hari dan tahun dalam ‘SOLAR YEAR’ yang digunakan manusia sebelum penggunaan tahun Hijriyah. (Dimulakan kiraan 1 Hijrah pada hari berlakunya peristiwa Hijrah Nabi ke Madinah pada tahun 622 Masehi) . Ia diperkenalkan selepas kewafatan baginda RasulAllah s.a.w , iaitu di zaman pemerintahan Khalifah yang kedua ,Saidina Umar Al Khattab.
Allah memperlihatkan mujizat Kalam Sucinya berbentuk Al Quran dan mempamerkan tarikh kelahiran Nabi Muhammad ,berbentuk kod (mukjizat angka).
Kita perincikan surah Al Fiil dengan meletakkan ayat 1 dan ayat 3 yang melibatkan tentera Allah(iaitu BURUNG) dan tentera Abrahah(iaitu GAJAH)
Sekarang jumlahkan huruf huruf hijaiyah yang mewakili kalimah ALLAH (Alif,Laam dan Haa)
(lihat susunan numerik diatas) Susun ayat 1 mengikut anak panah(kanan ke kiri).
2001013= 285859 x 7
(lihat pula susunan numerik diatas) Susun ayat 3 mengikut anak panah(kiri ke kanan).
31220= 4460 x 7
Ayat 3 >>>>>> : <<<<<< Ayat 1
Arah ini adalah simbol pertembungan!!!!!!!!!
Adakah saudara fikir ini satu kebetulan??????
Mustahil manusia dapat menyusun angka sedemikian .Begitu “PRECISION” sekali.
Sekarang jumlahkan bilangan perkataan diayat pertama dan dan ketiga:
Ayat pertama= 7 perkataan
Ayat ketiga = 5 perkataan (* waw dikira satu perkataan, yang bermaksud DAN)
7+5=12 (bermaksud hari ke duabelas)
Memandangkan tahun nya adalah tahun gajah,maka pada perkataan GAJAH ,dengan angka tiga (3) diambil sebagai bulan yang mewakili bulan disisi Allah,iaitu bulan RABIULAWAL
Maka jadinya 12 Rabiulawal .
Sekarang persoalannya ?Pada tahun berapa Nabi Muhammad dilahirkan????
Para penulis sirah (biography) Muhammad pada umumnya sepakat bahwa ia lahir pada Tahun Gajah( yaitu tahun 570/571 M ??), yang merupakan tahun gagalnya Abrahah menyerang Mekkah. Muhammad lahir di kota Mekkah, di bagian Selatan Jazirah Arab, suatu tempat yang ketika itu merupakan daerah paling terbelakang di dunia, jauh dari pusat perdagangan, seni, maupun ilmu pengetahuan. Ayahnya, Abdullah, meninggal dalam perjalanan dagang ,diMadinah yang ketika itu bernama Yastrib, ketika Muhammad masih dalam kandungan. Ia meninggalkan harta lima ekor unta, sekawanan biri-biri dan seorang budak perempuan bernama Ummu Aiman yang kemudian mengasuh Nabi.
Dalam Al Quran Allah s.w.t ada mewahyukan kepada Nabi Isa A.S ( ayat 6 surah 61:As Saf) :-
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوْرَىٰةِ وَمُبَشِّرًۢا بِرَسُولٍ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِى ٱسْمُهُۥٓ أَحْمَدُ
bermaksud ” Dan (ingatlah) ketika ‘Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad .”
Nama Ahmad yang dimaksudkan disini adalah Nabi Muhammad S.A.W. Perlu difahami bahawa dalam ayat ini Allah memilih ISA IBNU MARYAM sebagai subjek yang menyebut akan kelahiran nabi selepas baginda.Kenapa?Sudah tentu Allah Maha mengetahui segalanya.
Mari kita rujuk semula kepada ayat yang dimaksudkan.Jumlahkan huruf huruf hijaiyah yang mewakili kalimah ALLAH(Alif,Laam dan Haa) dan letakkan dibawah setiap perkataan.
Mulai susun angka angka tersebut mengikut arah anak panah ,dari kanan ke kiri ,
maka jadinya: 01201002114212000301110021
bahagikan angka diatas dengan angka 7,dan jawapannya
= 171 571 730601714328730003
Analisa nya??
Dalam ayat yang dibacakan ,ISA IBNU MARYAM adalah perkataan KEEMPAT,KELIMA DAN KEENAM
dan lihat pula pada jawapan angka, KEEMPAT,KELIMA DAN KEENAM adalah 571.
Terjawablah tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W adalah 12 Rabiulawal tahun 571 Masehi.
(123571=17653 x 7)
Wallahu A’lam,Maha Suci Allah yang lebih mengetahui segalanya.